Make your own free website on Tripod.com

lBukti bukti Teori Kinetik Jirim    

dapat ditunjukkan dalam :-

   1.0    Struktur Hablur
2.0    Peresapan Gas
  3.0    Gerakan Brown

 

1.0            STRUKTUR HABLUR
 
lHablur ialah suatu bahan pepejal yang mempunyai permukaan rata yang membuat sudut tertentu antara satu sama lain.
Contoh Garam & hablur kuprum sulfat.
 
lFenomena pembentukan HABLUR membuktikan jirim terdiri drpd. Molekul2 yang tersusun secara teratur mengikut suatu pola tertentu
lHablur bahan yang mempunyai ciri-ciri:-
a.Sisi yang tajam;
b.Permukaan yang rata;
c.Bentuk serta struktur yang sekata.
 
Hablur Sempurna
Hablur tidak sempurna
lMolekul tersusun mengikut suatu pola tertentu.
 
lApabila lapisan lapisan molekul lebihan ditambahkan kpd satu hablur sempurna yg. kecil mengikut pola tertentu, satu hablur yg. besar sama bentuk dgn hablur kecil dihasilkan.
lDua hablur dari suatu bahan terlekat menjadi satu hablur yang lebih besar dan bentuknya  tidak tertentu

2.0        PERESAPAN GAS
 

lMenunjukkan gas terdiri daripada molekul molekul yang sentiasa bergerak dengan laju dan rawak.
lBerlaku dengan lebih cepat berbanding dengan peresapan cecair menunjukkan molekul molekul gas bergerak dengan lebih laju berbanding dengan molekul molekul cecair.
lPeresapan berlaku apabila -  Molekul molekul cecair & gas sentiasa bergerak laju dan rawak. Di kawasan yang kepekatan lebih tinggi, molekul sentiasa berlanggar dengan lebih kerap berbanding dengan kawasan kepekatan lebih rendah. Oleh itu, molekul disebarkan ke kawasan lain

 

 

KLIK UTK MELIHAT RAJAH BERKAITAN

 


 

3.0        PERGERAKAN BROWN
 

lMenunjukkan pergerakan molekul molekul udara adalah rawak dan dalam halaju yang tinggi.
lMolekul molekul sentiasa berlanggar antara satu sama lain.
lGerakan Brown terhasil apabila molekul- molekul udara sentiasa berlanggar dengan zarah zarah asap