Make your own free website on Tripod.com

TEGANGAN PERMUKAAN

Dalam suatu cecair, molekul mengalami daya tarikan dalam semua arah, maka daya paduan yang bertindak adalah sifar.

Molekul - molekul di permukaan cecair akan mengalami daya paduan ke bawah. Oleh itu, permukaan cecair berada dalam keadaan tegang. 

Ketegangan permukaan ialah daya yang bertindak sepanjang permukaan suatu cecair dan menyebabkannya bertindak sebagai selapisan kulit kenyal.

Kesan tegangan permukaan ialah:

(a) Titisan cecair berbentuk sfera seperti yang dilihat daripada titisan air yang tergantung pada muncung paip.

(b) Permukaan cecair adalah kenyal.

 

Terdapat dua jenis daya tarikan antara molekul dalam sesuatu bahan iaitu:

(a) Daya lekitan;

ialah daya tarikan di antara molekul - molekul daripada bahan yang sama jenis.

(b) Daya lekatan;

ialah daya tarikan di antara molekul - molekul daripada bahan yang berlainan jenis.

Air akan merebak dan membasahi lapisan kaca kerana molekul - molekul air lebih kuat menarik molekul - molekul kaca berbanding molekul - molekul air.

Merkuri menjadi titisan bulat kecil di atas permukaan kaca kerana daya tarikan di antara molekul - molekul merkuri adalah lebih kuat daripada daya tarikan di antara molekul merkuri dengan molekul kaca.

TINDAKAN KAPILARI

1.    Apabila dua tiub kapilari yang berlainan diameter diletakkan ke dalam bekas air, air akan menaik ke dalam kedua-dua tiub dalam bentuk meniskus melengkung ke bawah.

2. Ini adalah kerana daya lekatan di antara molekul air dengan molekul kaca adalah lebih kuat daripada daya lekitan di antara molekul - molekul air.

3. Oleh sebab daya lekatan perlu menampung berat air yang lebih besar, maka paras air di tiub berdiameter besar adalah lebih rendah.

4. Sekiranya dua tiub kapilari diletakkan ke dalam bekas yang mengandungi merkuri, maka paras merkuri di dalam tiub akan berbentuk meniskus melengkung ke atas.

5. Ini kerana daya lekitan antara molekul - molekul merkuri adalah lebih kuat daripada daya lekatan antara molekul merkuri dengan molekul kaca.  Merkuri akan mengambil bentuk yang mempunyai luas permukaan paling minimum.

6. Tiub kapilari yang berdiameter kecil mempunyai paras merkuri yang lebih rendah.

7. Tindakan kapilari dapar diperhatikan dalam kes berikut:

(a) Kenaikan air dalam xilem tumbuhan.

(b) Air dapat diserap mengikut benang.

8. Tegangan permukaan dipengaruhi oleh faktor berikut:

(a) suhu (tegangan permukaan cecair berkurangan pada suhu tinggi).

(b) Benda asing (percampuran benda asing seperti larutan sabun akan mengurangkan tegangan permukaan).