Make your own free website on Tripod.com

Tekanan AtmosferaText Box: TEKANAN ATMOSFERA

 

 

 

Tekanan yang dikenakan oleh atmosfera

ke atas permukaan bumi dan semua jasad di Bumi

 

KEGUNAAN TEKANAN ATMOSFERA DALAM KEHIDUPAN

 

PRINSIP KERJA PICAGARI

-Apabila omboh picagari ditarik ke atas, satu ruang separa vakum bertekanan rendah didalamnya dihasilkan.
-Tekanan atmosfera di luar yang lebih besar menolak air masuk kedalam picagari itu.
-Apabila picagari dikeluarkan dari air, air di dalam picagari tidak mengalir keluar. Ini juga disebabkan oleh tekanan atmosfera.

 

PRINSIP KERJA SIFON

-Tekanan di A dan B adalah sama dengan tekanan atmosfera
-Tekanan di C  adalah sama dengan tekanan atmosfera campur tekanan hρg disebabkan oleh turus air BC.
-Kelebihan tekanan hρg menyebabkan air mengalir keluar di C. Ini akan menghasilkan satu ruang separa vakum yang bertekanan rendah di B.
-Tekanan atmosfera yang lebih besar di luar menolak air ke B melalui A dan proses ini diulangi selagi kedua dua hujung tiub berada di bawah aras air.

 

PRINSIP KERJA PENYEDUT MINUMAN

 

-Apabila udara dalam penyedut minuman disedut keluar, ruang di dalamnya menjadi separa vakum dan bertekanan rendah.
-Tekanan atmosfera di luar yang lebih besar menolak minuman masuk ke dalam mulut melalui penyedut minuman.
-Jika terdapat lubang pada penyedut minuman, air adalah susah disedut ke mulut.

 

BAROMETER barometer Fortin dan barometer Aneroid
Barometer Fortin terdiri drp. tiub kaca tebal dan panjangnya lebih kurang 100cm dengan satu hujungnya tertutup.
Barometer Aneroid alat pengukur tekanan atmosfera yang tidak menggunakan cecair.
Terdiri daripada satu kotak separa vakum tertutup dengan sisi berkerut supaya mudah mam[at dan kembang.
Kotal itu disokong oleh suatu spring yang kuat supaya tidak mudah termampat.
Perubahan dalam tekanan atmosfera akan menyebabkan kotak mengembang atau termampat. Gerakan kotak ke atas dan ke bawah diperbesarkan oleh suatu sistem tuas. Sistem tuas kemudian menggerakkan penunjuk di atas skala.
MANOMETER terdiri daripada suatu tiub U yang diisi dengan cecair seperti air, minyak atau merkuri.
Sebelum manometer digunakan, ke2 lengan didedahkan kepada tekanan atmosfera yang sama.
Oleh itu, aras cecair dalam kedua- dua lengan manometer adalah sama apabila tidak digunakan.
Apabila lengan A manometer dipasang pada bekalan gas, tekanan gas yang lebih tinggi akan menolak aras cecair pada lengan A ke bawah . Aras cecair pada lengan B akan naik  keatas.

 

Beza tinggi turus cecair ialah ukuran tekanan gas yang melebihi tekanan atmosfera.
     Merkuri digunakan di dalam manometer untuk mengukur beza tekanan yang lebih besar.
TOLOK BOURDON terdiri daripada suatu tiub logam melengkung yang disambung kepada suatu sistem tuas.
Apabila tiub logam melengkung disambung kepada suatu  bekalan gas, tekanan gas bertindak untuk meluruskan tiub logam melengkung itu.
Gerakan tiub logam melengkung itu diperbesarkan oleh suatu sistem tuas yang boleh memutarkan penunjuk.
Tekanan gas boleh dibaca dari skala yang ada pada tolok itu.